RANCAH POST – Sekarang ini kasus kejahatan memang kerap terjadi. Bahkan para pelakunya semakin pintar, karena mereka beraksi dengan berbagai modus baru dan berbeda-beda.
Mereka selalu bis amenjebak korbannya dengan cara yang tidak terduga agar mereka berhasil melancarkan aksi jahatnya itu.
Karenanya, kita perlu lebih berhati-hati dalam menjaga diri. Jangan sampai kejadian yang menimpa pria di daerah Kuching, Malaysia ini menimpamu.
Belum lama ini pemilik akun Abdul Kareem Firdaus, membagikan pengalaman tentang kejadian yang hampir dialami ia dan keluarganya.
Pria yang berprofesi sebagai guru di sekolah kebangsaan St Elizabeth ini mengalami kejadian yang hampir saja membuat dirinya tragis pada dini hari.
“Aku terkejut dengan bunyi alarm kereta yang sangat kuat. Bangkit terus dari tidur dengan keadaan mamai dan segera mendapatkan kunci kereta dan hidupkan suiz lampu. Aku matikan alarm vios dan mengintai dari cermin pintu. Pintu Alza terbuka!
Jantung memang berdegup kencang. Ada sesuatu yang tak berapa elok sedang berlaku. Aku dapat rasakan. Jam di dinding menunjukkan tepat jam 2 pagi..
Hampir aku nak keluar dari rumah dan segera menutup pintu Alza dan mengunci kereta aku tapi aku curiga ada sekumpulan perompak yang memasang perangkap untuk menunggu aku keluar !
Telefon polis! Aku tanya isteri. Call polis? Beliau kata, Ya! Call polis sekarang! Dalam beberapa minit, 2 buah kereta peronda polis sampai bersama kira-kira 8 orang anggota jika tidak silap.
Selepas kelibat mereka tiba baru aku membuka pintu dan menceritakan apa yang berlaku. Anggota-anggota polis tersebut melakukan gerak kerja mereka dengan mencari petanda dan kelibat penjenayah(barangkali) namun tiada. Mungkin telah melarikan diri.
Suatu perkara yang menarik, tiada satu pun barang di dalam Alza yang hilang dan terdapat juga kenderaan-kenderaan jiran di luar pagar rumah masing-masing. Namun tidak terusik.
Oleh itu, saya beranggapan bahawa modus operandi kumpulan ini adalah dengan cuba membuatkan kita keluar dari rumah atas alasan pintu kereta terbuka, alarm berbunyi dan mereka akan menggunakan kekerasan keatas kita dan merompak barang bernilai di dalam rumah.
Syukur pada Allah kerana diberikan kewarasan untuk segera menghubungi pihak polis dengan segera dalam keadaan yang mamai. Idea ini muncul kerana perkongsian rakan-rakan di FB seperti perompak membuka pili air di luar rumah supaya penghuni keluar dan selepas itu rompakan dibuat.
https://www.facebook.com/abdul.kareemfirdaus/posts/2094087937276576
Tqvm pada pihak polis yang begitu pantas mengambil tindakan apabila orang awam perlukan bantuan. Sempat saya memohon maaf kerana menyusahkan mereka datang kerumah pada jam 2 pagi namun segera mereka menyangkal dan berkata sememangnya itu tugas mereka dan usah berkata demikian.
Semoga kita semua diselamatkan daripada segala malapetaka dan sebarang niat jahat. Semoga peristiwa ini juga menjadi iktibar buat kita semua. Syukur semuanya selamat. Kita mesti lebih berhati-hati selepas ini.”, tulis Abdul dalam unggahannya.
Postingannya itu kemudian menjadi viral hingga telah dibagikan 34 ribu kali dan mendapat beragam komentar dari netizen yang mengingatkan juga untuk selalu berhati-hati.